Friday, November 5, 2010

Mari mengulangkaji pelajaran

Sedar tidak sedar, semester ini sudah melabuhkan tirainya. Setelah 14 minggu kelas, kerja makmal dan tugasan, tibalah masa untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akhir yang akan menjelang tiba.

Eh kenapa saya menulis dalam bahasa melayu? Kerana bahasa melayu formal saya sudah makin berkarat. Bak kata orang 'getting rusty'. Jadi perlu diasah dengan berlatih menulis/menaip dalam bahasa ibunda saya.

Cuti selama tiga minggu, perlulah dimanfaatkan. Emak saya kata, saya akan merindui saat-saat belajar apabila sudah mula bekerja nanti. Pada Rabu lepas, saya sudah menyiapkan tugasan terakhir saya sebagai seorang pelajar. Peperiksaan kali ini juga akan menjadi peperiksaan terakhir saya, insyaAllah.

Ada 3 subjek yang perlu saya ulangkaji. Algebra, Asas Ukur dan Pencemaran Udara dan Hingar. Saya agak risau dengan subjek Asas Ukur. Tidak memahami apa yang diajarkan oleh Encik Mokhtar yang selalunya mengajar syok sendiri di hadapan atau saya yang selalu tidak mengambil perhatian semasa dia mengajar.

Apa-apapun, saya berharap dapat membuat yang terbaik untuk peperiksaan kali ini. Sekian.


Nota kaki: Wahai sepupu kesayanganku, jika anda membeli lebih banyak almari, lagi banyaklah tudung yang boleh dibeli =p. Dan saya amat menyukai tudung Pearl Haya yang dibeli oleh bondamu yang tersayang hehe.

No comments:

Post a Comment