

Hai semua! Nama saya ialah Danny. Saya dibeli oleh tuan saya yang comel semasa Cats Show di Putrajaya. Saya berumur 9 bulan. Makanan kegemaran saya ialah ikan kembung dan Royal Canine. Saya akan menyorok di bawah tangga jika ada orang yang tidak dikenali masuk ke bilik saya. Saya akan mencakar-cakar pintu jika kelaparan.


Nama diberi ialah Imawari kerana tuan saya suka menonton animasi Shinchan. Sebelum saya diserahkan kepada kak intan, saya menghuni di rumah Datin Sharifah. Mata saya yang besar dan sifat saya yang manja menjadi kesukaan tuan saya. Saya juga sangat suka makan ikan kembung seperti abang Danny. Hobi saya apabila bosan ialah bermain-main dengan ekor saya yang panjang.


Hai! Nama saya Coco. Saya ialah kucing baru kak Intan. Kak Intan telah menjumpai saya di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada Ahad yng lepas, lalu membawa saya pulang ke rumah. Saya telah dimandikan dan diberikan makanan. Kak Intan mengurung saya di dalam sangkar setiap masa kerana abang Danny dan kak Ima masih tidak dapat menerima kehadiran saya. Sedih hati saya. Harap-harap, tidak lama lagi, mereka akan sudi bermain-main dengan saya.
No comments:
Post a Comment